Content

Thursday, 6 October 2016

tteokbokki @ 똑볶이 @ spicy rice cake


Kalau nak tau sis ni sebenarnya peminat kpop. Jadik, memang patutlah kalau sis suka makan masakan korea. Selalunya sis masak kimbap ngan kongnamulguk (soybean sprout soup) je. Tapi suatu hari tu sis tetibe tergedik nak buat spicy rice cake ni. Kebetulan pulak mak ayah ajak g bandar beli barang. So, sis pun menyinggah la jugak kat pasar basah, beli bahan apa yang patut. Balik rumah tu berkobar-kobar haa semangat nak masak. Tapi walaupun bersemangat bagai nak rak sis sempat la jugak lelapkan mata barang sejenak. Penat aihh drive jauh2 pastu hadap jammed lagikk. Adoiiii... 

So!  Tanpa berlengah lagi biarlah sis kongsikan resepi simple dan senang untuk uolls yee *wink*


Rice Cake a.k.a 똑 

Bahan yang diperlukan adalah:
2 cawan tepung pulut
Air secukupnya
1 sudu kecil garam

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk. 
2. Gaul tepung pulut dan garam. 
3. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sampai doh tak melekat kat tangan (macam kuih gula melaka tu haa...)
4. Gulungkan doh berbentuk silinder. Potong sepanjang jari kelinking. 
5. Masukkan rice cake tu dalam air yang dah mendidih tu. Bila rice cake timbul kat permukaan air boleh la diangkat guna penapis. Senang je kan??

*sis guna tepung pulut instead of tepung beras. Melalui pembacaan sis dekat blog2 lain, ada yang bagitau guna tepung pulut lagi bagus sebab akan hasilkan rice cake yang mana teksturnya lebih kurang sama dengan rice cake korea tu. Cara penghasilannya pun senang sebab kita buat macam buat kuih gula melaka tu jee*


Kuah pedas

Bahan yang diperlukan:
Air rebusan rice cake @ air biasa
Serbuk cili
3 biji cili padi (kalau nak ekstra pedas boleh je tambah) 
Isi ayam, daging, fish cake atau apa2 je yang uolls suka (sis letak isi ayam jekk) 
Daun bawang, sawi, lobak putih, kubis atau apa-apa sayur yang korang suka
2 - 3 ulas bawang putih
Sos cili dan sos tomato (kuantiti ikut kesukaan uolls)
1 kiub pati ayam

Cara:
1. Blend bawang putih dan cili. Tumis bahan kisar tu.
2. Masukkan  ayam @ apa2 pilihan korang, sos cili, sos tomato, kiub pati ayam dan serbuk cili.
3. Masukkan air ikut citarasa korang jugakk (sis tak sukat pon. Main tuang je tapi tak banyak la). Biarkan mendidih.
4. Masukkan rice cake dan sayur. Masak hingga kuah jadi pekat.

* Jjan!!! Dah boleh hidang. Selamat menjamu selera! Makan panas-panas best ooooo*


Sis harap perkongsian sis harini dapat bantu uolls dalam membuat spicy rice cake ni. Betapa gumbiranya hati hamba dapat menolong tuan hamba sekali hihi. Bye~~ jumpa lagi di lain entri ye!

0 comments:

❤ Behind The Web ❤

❤ Meet The Author ❤

Hi! I'm Suu. You can call me Jae if you want ☺ I'm a fan of someone who loves lemon candy 😎 Well, I'm just an ordinary girl with the eagerness in photography and owner to two naughty cats
Heyya! It's lemon candy. Powered by Blogger.

❤ Traffic ❤

❤ Followers ❤

❤ Something ❤